Powered By Blogger

19 July 2011

tolong baca...mengalir keikhlasan yg hatinya BERSIH

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini, lewat petang semalam

11 July 2011

negaraku Malaysia

salam Malaysia


saya pun xtaw nk ckp apa, skdr ingin brkogsi dgn kalian. nilailah dgn mata mati

kena sbijik atas kepala.. guano?


bomba dimanipulasi utk FRU

bayangkan anda yg brbaju hijau itu...... gas pmedih mata 2 beB..., bkn asap bakar sampah!


org lama, jiwa pmuda., stedi... tahniah



# saya kira anda boleh mnilai mana yg HAK dan yg batil..

YA Allah, selamatkanlah negaraku Malaysia. Anak muda sayang Malaysia


TAHNIAH......

04 July 2011

mentaliti sempit dan semput



salam..

saya cuba meneruskan tarian jari jemari untuk menyatakan apa yang difikirkan dalam kotak pemikiran saya selain untuk update blog caknaummah. Pernah juga terlintas di hati kecil saya untuk menjadikan medium alam maya ini sebagai lapangan dakwah dan coretan hati saya. namun apa daya, kadang- kadang masa tidak mengizinkan dgn taklifan yang dipegang kini.

kata imam Hasan al-Banna " kewajiban dan tggjwab melebihi masa yang ada"


soalnya kenapa saya nyatakan pemikiran sempit dan semput?

kenyataan ini saya rangkumkan dengan pengalaman yang saya lalui beberapa hari yang lepas. Menyertai INTERACTIVE DAKWAH TRAINING di kampus saya, IPG IPOH.


umum mengetahui bahawa brother Lim Joi Soon merupakan penceramah atau individu yang menginfakkkan diri sepenuh masa dalam lapangan dakwah perbandingan agama. beliau memeluk Islam dengan mengekalkan namanya sebagai Lim Jooi Soon.

apa yang menyedihkan saya dan rakan2 sefikrah ialah masih ada yang mempersoalkan kenapa non muslim yang memeluk Islam TIDAK tukar nama mereka kepada Muhammad...., Nik....., Ahmad... dan sebagainya. Hujah mereka" u mesti tukar nama kepada nama Melayu bila u masuk Islam".



jadi masuk ISLAM atau memeluk MELAyu?


saya cuba untuk membawa fikiran ini keluar dari kampus dan meletakkan skema ini dalam masyarakat. apa yang bermain di fikiran saya ialah.......


salah faham yang terlalu teruk kepada non muslim!
munkin ada yang tidak mahu memeluk Islam kerana mereka masuk Melayu!
salah tanggapan bahawa Islam kena pakai bj melayu. songkok, ms kawin kn pakai keris dan ......
BANGSA membezakan kita, bukan TAQWA!


YA Allah, berilah kefahaman kepada kami , kurniakanlah hidayah dan berilah petunjuk kepada mereka yang tidak memahami ISlam dan juga mereka yang masih mencari Hidayah dan kebenaran Islam.

Ya Allah , hanya kepadaMU hambamu memohon doa dan pertolongan, amin



::: bersihkan mentaliti sempit dan semput!


ISLAM 4 ALL









24 May 2011

20 May 2011

kemah caro mikir Tok Guru

KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.

Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.

“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.

Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.

Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.

Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.

Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.

“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.

“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita.

“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.

KOPI pun ad BAbi

Didakwa jual kopi ada DNA babi




KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.

19 May 2011

kehebatan bukan pada individu

1424 tahun dahulu, Rasulullah melantik Zaid Bin Harithah untuk mengepalai operasi ketenteraan ke atas Rom di Negeri Syam. Andai Zaid gugur syahid, Jaafar Bin Abu Thalib akan menggantinya. Kemudian, tatakala Jaafar gugur dengan tangan yang sudah kudung dan lebih 70 tetakan pedang, Abdullah Ibn Rawahah pula bangkit mengepalai tentera Muslimin. Wasiat Rasulullah dengan riwayat yang sahih hanya terhenti di situ. Tidak dinamakan, siapakah yang akan menggantikan Abdullah Ibn Rawahah.


Maka, Khalid Al-Walid diangkat menjadi panglima. Pedang Allah yang terhunus itu memporak-perandakan tentera Rom. Strategis Khalid dan setianya tentera menjadi ramuan hebat. Perang Mu'tah dinamakan Ghazwah meski ianya tidak disertai oleh Rasulullah.


Sahabat-sahabat, anak asuhan para Syuhada', sahabat Rasulullah sallahu'alaihiwasallam.

Proses memilih pemimpin adalah salah satu proses dalam usaha membangunkan agama. Justeru, Allah telah meletakkan prasyarat yang mesti kita penuhi demi menjadikan usaha kita itu dinilai baik oleh Allah. Saranan membela agama disertakan dengan syarat supaya jangan berpecah-belah. Sematkanlah ayat ini dalam dada kalian saat melayang pena, mahupun melunak lidah membela calon pilihan hati masing-masing.

"Hendaklah kamu dirikan agama dan janganlah kamu berpecah-pecah dalam agama" (26:13)

Bersatu-padu lebih baik dari mencari yang terbaik! Berpecah-belah itu lebih buruk dari memilih yang paling buruk.

Ingatlah jua, bahawa rosaknya pemimpin adalah kerana taksubnya pengikut. Rosaknya pengikut adalah kerana takjubnya pemimpin. Pemimpin dan yang dipimpin adalah sebuah bangunan. Kuat dan menguatkan serta kukuh lagi mengukuhkan. Kesalahan pemimpin adalah kerana pengikut dan kesalahan pengikut adalah kerana pemimpin. Begitulah sebaliknya.

Jangan takut untuk tersilap memilih pemimpin, kerana kita selamanya adalah penasihat mereka. Akan tetapi, takutilah satu bala yang akan menimpa, andai kerana tepatnya pilihan kita, menjadikan kita lupa untuk menasihati mereka. Menjauhkan diri dari pemimpin dan mengambil sikap berdiam diri dari menegur mahupun menasihati akan menjadi cara terbaik untuk 'membunuh' pemimpin dan kepemimpinannya.

"Sesungguhnya agama itu adalah [proses] nasihat."Hadith

"Kritiklah seperti jurulatih bola sepak, krtikannya tajam dan membina pasukan. Bukannya seperti penyokong bola sepak, kritikannya tajam berserta sepak terajang yang meruntuhkan."

Tidak ada pemimpin yang kuat di bumi ini bahkan pemimpinlah yang paling lemah. Dek kerana kekuatan sebenar mereka berada pada tangan-tangan kita yang memilih mereka. Janganlah tangan-tangan kita yang telah menjulang mereka pada hari ini disorokkan saat mereka menghulurkan tangan memerlukan bantuan kita di depan hari.

Berjanjilah kita pada hari ini untuk tegar bak hawariyyun pembantu Nabi IsaAlayhissalam. Bukannya persis Bani Israel yang pemalas lagi menyakitkan hati Nabi Musa Alayhissalam. Mereka hanya duduk dan bersenang-lenang saat Musa dan Harun membanting tulang berjihad dan mengajak manusia beriman kepada Allah.

Teman-teman sekalian, kitalah Abu Bakar untuk pemimpian kita. Kitalah Umar, Uthman dan Ali. Kitalah juga Khadijah untuk mereka. Kitalah juga Aisyah dan Fatimah.

Sesungguhnya Salahuddin bukanlah agung bersendirian. Al-Fateh tidak akan gagah berseorangan. Bahkan mereka adalah hasil dari generasi yang penuh dengan militansi dan kesatuan.

~We Unite For Islam~

12 January 2011

Dakwahlah untuk semua, bukan bersifat eksekutif dan ekslusif

bismillah wa hamdalah

Assalamualaikum w.b.t. bersua kembali dalam post yang terbaru. alhamdulilah syukur pada Allah yg Maha Esa kerana memberikan kita pelbagai nikmat sebagai manusia dan khalifah dmuka bumi ini.. cuma beberapa persoalan ana lemparkan dalam kotak minda sahabat seperjuangan sekalian...

Adakah kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini????
Bagaimana cara kita terjemahkannnya????
Adakah ia selaras dan mengikut tuntutan agama Allah ta"ala ini???

Allahuakbar.. perlunya untuk kita muhasabah dan menilai perkara ini dengan sebaik- baiknya, takutnya bila bertemu dengan Allah,semua anggota badan menjadi saksi kepada diri kita. kalu baik Alhamdulilah, sebaliknya nauzubillah..





Pada post kali ini ana ingin berkongsi satu perkara yang selalu berkait dengan kita sebagai seorang pendakwah/ daie. Dan perlu di ingatkan bahawa setiap orang adalah pendakwah dan pemimpin. suka atau tidak ini adalah TUGAS kita semua. terimalah ia.

Cuma apa yang ana ingin berkongsi ialah tentang uslub atau cara kita dalam lapangan ini.
JAngan kita bersifat eksekutif dan ekslusif dalam berdakwah. Jangan salah faham tentang apa yang dimaksudkan dengan eksekutif dan ekslusif dalam dakwah.

Ia bukan merujuk kepada material atau fizikal pendakwah, akan tetapi pada PENDeKATAN pendakwah tersebut. Jangan pula kita memilih untuk mengajak manusia ke arah jalan dakwah. hanya yang kaya dan cerdik sahaja yang diajak dan didakwah.. yang miskin dan kurang cerdik ditinggalkan. lebih dasyat lagi, yang selalu ke surau dan masjid sahaja didakwahnya.. yang keparat, nakal dan yang tidak sekepala dengannya DITINGGALKAN,



astagfirullah, moga Allah menyimpangi kita. hal ini kerana mereka juga punyai hak untuk merasai kemanisan dan keizzahan Islam!!!! didakwa di mahkamah akhirat, bagaimana jawabnya.

Jangan pula kita memberi alasan " ahh, itulah engkau mat, dah la mak bapak jahat, anak pun sama. btol la kata orang bapak borek anak rintik, padan muka"

astgfirullah, bukan mereka pinta punyai ayah dan mak seperti itu! kitalah yang patut membantu mereka untuk keluar dari jalan kejahilan tersebut, kita sirami dengan nur agama Allah ta' ala. sama- sama kita doakan agar Allah berikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini dan menemui syahid pada penghujung nyawa kita semua. Hidup mulia mati syahid!

selingan kehidupan penulis..





ana bersama sahabat- sahabat sekolah pada pertemuan d Bukit Jalil baru- baru ini. Masih ada dihati kecil ana untuk melihat sahabat- sahabat bersama-sama merasai kemanisan dan ksyumulan Islam .. ( Perhimpunan Skuter Kebangsaan, Januari 2011) . MOga Ukhwah kita terus utuh.



Akhirul kalam... tarbiyah merupakan prosess, dakwah adalah seruan dan ajakan. Bina diri kita terlebih dahulu, dalam masa yang sama mengajak orang lain bersama.
Penegasannya, Jangan sampai kita terjebak, ok!! berdakwah kepada mat rempit, tidak semestinya kita perlu menjadi mat rempit!!!

selamat beramal

ISLAM ITU INDAH LAGI ADIL

07 January 2011

Islam mengambil berat tentang PEMIMPIN


bismillah wa hamdalah

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulilah ana menghabiskan minggu pertama pembelajaran di kampus ana dengan baik.. baru minggu PERTAMA. alhmdulilah juga , ana melangkah ke fasa degree Pengajian Islam dengan minor yang berlainan dari foundation. syukur yang tak terhingga pada Allah.

apa yang ingin ana kongsikan pada kali ini ialah tentang pemimpin, ya Islam mengambil berat tentang pemimpin...

kaedah Fiqh myebut : manusia atau rakyat jelata akan mengikut cara agama atau pegangan pemimpin mereka

Hal ini bermakna pentingnya untuk kita sebagai rakyat jelata untuk memilih pemimpin yg bakal
menerajui kepmpinan utama. Islam melihat bagaimana berpengaruhnya para pemimpin untuk mencorak tingkah laku rakyatnya. jika pimpinan pun suka berhibur, alamatnya berterabur rakyatnya, jika pemimpin yang kurang mengambil cakna tentang pendidikan anak bangsa, jawabnya memang tak terdidik rakyatnya... Allahukbar, Indahnya Islam... merangkumi semua, syumul!!

banyak sirah2 nabi dan sahabat serta tabiin yang sememangnya boleh dijadikan iktibar dan panduan kita sebagai umat akhir zaman ini untuk menempuh fatamorgana dunia ini. Sebagai contoh, kepimpinan nabi muhammad s.a.w dalam membina sebuah Negara Islam Madinah, kepimpinan khulafa rasyidin dan juga pmerintahan umar Abdul Aziz.


SELINGAN KAMPUS dan kehidupan Penulis..

ucapan dan harapan awal penulis di pusat Islam


sebahgian pendidik yg hadir, tahniah!!



Inilah Kekuatan kita, solat Jemaah

ISLAM MEMIMPIN, BUKAN DIPIMPIN

06 January 2011

HIJRAH diri



bismillah wa hamdalah....

assalamualaikum w.b.t... lama benar hamba ini tidak mencoret sesuatu di alam maya ini.. ntah apa yang di jadikan alasan untuk tidak menulis d blogspot ini. nk cakap sibuk.. xda la sibuk sangat.. apa yg pastinya hamba cuma banyak mencipta alasan, bukan mencari peluang!!!
IAllah pada awal thun hijrah dan masehi ini, hamba cuba untuk mengubah diri hamba untuk menjadi muslim yg lagi baik dari sebelumnya. biarlah ungkapan hari ini lebih baik dari semalam bukan sekadar kata2 yg menyedapkan halwa telinga semata- mata.. iAllah hamba cuba laksanakan, memohon doa dan pertolongan dari Yang Maha Esa. ameen ya rabbal alamin

02 January 2011

ilmu


bismillahirrahmanirrahim........

saat hambamu ini menulis dialam maya ini pada waktu petang,mengisi masa sambil update antivirus laptop yg menjadi wasilah untuk menegakkan kalimah tauhid dmuka bumi Allah ini... tidak dinafikan, saat dunia dhujung jari, batasan tiada sempadan, TEknologi maklumat juga dijadikan salah satu medium untuk berdakwah.. ingat , berFIKIR jgn JUMUD, terBUKA jgn HANYUT!!!

tika ini, 18 jun 2010, jam1605,CC keytereh, Qlate.... aku ingin mencoret sesuatu yang mungkin boleh dijadikan panduan buat sahabat2 yg dikasihi iaitu....... ILMU........
aku yakin semua orang mengakui pentingmya ILMu, dan pasti ramai yg akan menjangkakan akibat daripada tidak berilmu, NAMun............................................. bagaimanakah kalian menafsirkan maksud ilmu itu sendiri? pasti kalian ada jawapan tersendiri. mungkin bila berilmu petah percakapannya, mungkin juga hebat mnjwb soalan yg mndatang, mgkin jg terasa dr kita paling hebat dan mantap, mgkin jg merasakan dr ini kerdil dr hikmah Allah ta'ala..... dan mungkin 1001 mungkin lg.
ikhwan sekalin, perkongsian bg saya, seorang hamba yg dhaif ini, ILMU dan AMAL adalah formula yg lengkap bg maksud ILMU itu sendiri.. hasil kajian tidak dapat diperolehi jika hanya pada teori... pasti perlunya pada PRAKTIKAL...
akhirnya, ingat, Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan juga orang yang BERILMU, namun jika tidak kena pada gayanya, pasti dan pasti akan DISOAL pada hari pembalasan kelak..... mohon kita tergolong dalam kalangan yang diredhai dan dirahmati ALLAH ta'ala.. amiiin ya rabbal a'lamin..

05 October 2010

Belajar dari Kemenangan

Banyak orang yang sukakan kemenangan..tapi tak ramai yang menghargai kemenangan setelah mendapat nya..

26 September 2010

salam PILIHAN RAYA KAMPUS, ayuh BANGKIT SUARA MAHASISWA






Renung sekejap dengan mata HATI....

Kata keramat Pak Sukarno sebagai refleksi kepada keteguhan jiwa pemuda adalah melalui ucapan masyhurnya: “Berikan aku 10 mahasiswa/pemuda yang benar mantap fizikal dan mindanya, akan kugegarkan dunia dengan pemuda-pemuda ini”

.....SELAMAT MENGUNDI...

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA