Powered By Blogger

11 April 2012

update

Hanya 1 meter ombak landa Pantai Aceh

Harakahdaily,11 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 11 April:Ketakutan kepada bencana tsunami besar-besaran berkurangan dari pemikiran rakyat Aceh, Indonesia apabila hanya ombak 1 meter menerpa pantai kawasan itu.

(Penduduk Aceh berada di tempat tinggi memerhati pantai Aceh)

Ekoran itu, amaran tsunami ditarik balik selepas empat jam dinaikkan untuk memberikan amaran kepada rakyat Indonesia khanya yang tinggal di sepanjang pantai Sumatra Barat.

Bagaimanapun, peringatan diberikan agar mereka menjauhi kawasan pantai dan jangan turun ke laut sehingga keadaan benar-benar selamat.

Gempa berkekuatan 8.5 skala Richter yang menguncang Aceh pada jam 4.38 petang tadi menyebabkan gelombang menghala ke pantai.

Namun, Media Indonesia melaporkan, gelombang dilaporkan telah sampai ke pantai di pulau Simeulue, Sumatra.

Demikian kata Prih Harjadi dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), kepada sebuah stesen televisyen nasional Indonesia.

"Tingginya air pantai barat Aceh sudah mencapai 6 meter dan kemungkinan ketika tsunami terjadi, akan terjadi di titik ini lebih dulu sampai ke sepanjang pantai barat Sumatera," ujarnya.

Beliau memaklumkan, kemungkinan seluruh pantai khususnya barat daya Sumut, pantai Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung akan dilanda tsunami.

Rakyat Aceh masih trauma sehingga kini ekoran tragedia tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa.

Sementara itu, Adun Komtar, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam twitternya memberitahu, tsunami tidak akan melanda Pulau Pinang dan Seberang Prai.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak tidak panik dan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Bagaimanapun, sebelum ini, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli memberitahu, beliau mendapat makluman, ombak besar diramalkan akan melanda Pulau Pinang malam ini kira-kira jam 9.20 malam manakala Port Dickson jam 2 pagi esok.

Oleh itu, walaupun hanya satu meter ombak sahaja melanda pantai Aceh, orang ramai di nasihatkan mengelakkan diri dari berada di kawasan pantai.

05 December 2011

HELAH makan ( mood kenduri + cuti )

Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?

1.Menghidu makanan

-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.

2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda

-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.

3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru

-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.

4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil

-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.

5.Ikat seutas benang pada bahagian perut

-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.


SELAMAT MENCUBA>>>>

21 September 2011

taakul sejenak

Mereka kata...Kita ni pelajar Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu

Mereka kata...Kita ni mejaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu

Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak"

Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip

Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?

Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?

Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...Mathurat tu ape ek?

Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita... Pekara yang wajib pun entah ke mana

Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggaan

Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMA dulu

Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih

Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan

Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana

Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’

Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja?

Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang SMA atau SMKA maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih BERAGAMA ISLAM.

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu.

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMA atau SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini.

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atas hanyalah semata kes yang minoriti. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah SAMPAH agama”

09 August 2011

10 hari Ramadhan Kareem

Alhamdulilah, Allah memberikan izin untuk hambamu ini menjejakkan jasad dan ruh untuk bersama di bulan paling barakah, ramadhan al Mubarak. Syukur padaMU Ya Rahman, Ya Rahim.

Saat ini merupakan hari ke 10 umat Islam berpuasa, menunaikan ibadah wajib rukun Islam ke 3. Berpuasa di bulan Ramadhan. Sedar tak sedar, kita hanya tinggal 20 hari lagi untuk bersama Ramadhan . Apa yang ingin dibicarakan adalah kita mempunyai PELUANG untuk mendapat keampunan, kerahmatan dan pelepasan dari api neraka yang cukup luas pada bulan ini.

Durasinya hanya 20 hari lagi.

Sahabat- sahabat sekalian, sepanjang 10 hari Ramadhan ini saya bermusafir bersama ahli usrah saya, Zulfahmi Yahaya. Kami pergi ke masjid2 dan surau2 untuk merasai kemanisan solat berjemaah. Ipoh, masjid negeri, masjid jalan diary, surau osman uk raya, al falah, masjid tanjung dan banyak lagi. Pernah juga kami merasai tarbiyah di atas HIGHWAY kuala kangsar..hee , bersama VESPA AAJ 128.

Kami berhajat sampai ke Selangor. Moga termakbul. Amin

Hari ke 10 ini juga saya ingin berkongsi dengan sahabat- sahabat tentang RAMADHAN.. masih ingat lagi pesan Tok Guru Nik Abdul Aziz semasa kuliah beliau,” bulan Ramadhan ni buke bulan puasa jah, kito kena btolkn, bulan ramadhan”. Maksudnya Ramadhan ni bulan untuk kita menggandakan ibadat, bukan sekadar berPUASA shj.

Ni persepsi dan mentaliti yang MESTI, WAJIB diUBAH! Bulan Ramadhan bulan untuk BANYAK bersedekah, baca Quran, solat, Qiammulail, tolong orang, masyarakat dan juga bantu atau belanja untuk berbuka puasa. Tapi, perlu diingat juga SIFARKAN maksiat seperti mengumpat, perkara yang boleh menaikkan nafsu, perkara2 lagha dan sebagainya

BULAN RAMADHAN.. bulan tarbiyah dan bulan untuk mula untuk BERUBAH!

TERUSKAN MOMENTUM KETAQWAAN RAMADHAN, SIFARKAN MAKSIAT.

AMBIL PELUANG MENEMPAH SYURGA ALLAH. PELUANG SUDAH ADA DI DEPAN MATA. MOGA BERTEMU MALAM LAILATUL QADR. SALAM