Powered By Blogger

09 August 2011

10 hari Ramadhan Kareem

Alhamdulilah, Allah memberikan izin untuk hambamu ini menjejakkan jasad dan ruh untuk bersama di bulan paling barakah, ramadhan al Mubarak. Syukur padaMU Ya Rahman, Ya Rahim.

Saat ini merupakan hari ke 10 umat Islam berpuasa, menunaikan ibadah wajib rukun Islam ke 3. Berpuasa di bulan Ramadhan. Sedar tak sedar, kita hanya tinggal 20 hari lagi untuk bersama Ramadhan . Apa yang ingin dibicarakan adalah kita mempunyai PELUANG untuk mendapat keampunan, kerahmatan dan pelepasan dari api neraka yang cukup luas pada bulan ini.

Durasinya hanya 20 hari lagi.

Sahabat- sahabat sekalian, sepanjang 10 hari Ramadhan ini saya bermusafir bersama ahli usrah saya, Zulfahmi Yahaya. Kami pergi ke masjid2 dan surau2 untuk merasai kemanisan solat berjemaah. Ipoh, masjid negeri, masjid jalan diary, surau osman uk raya, al falah, masjid tanjung dan banyak lagi. Pernah juga kami merasai tarbiyah di atas HIGHWAY kuala kangsar..hee , bersama VESPA AAJ 128.

Kami berhajat sampai ke Selangor. Moga termakbul. Amin

Hari ke 10 ini juga saya ingin berkongsi dengan sahabat- sahabat tentang RAMADHAN.. masih ingat lagi pesan Tok Guru Nik Abdul Aziz semasa kuliah beliau,” bulan Ramadhan ni buke bulan puasa jah, kito kena btolkn, bulan ramadhan”. Maksudnya Ramadhan ni bulan untuk kita menggandakan ibadat, bukan sekadar berPUASA shj.

Ni persepsi dan mentaliti yang MESTI, WAJIB diUBAH! Bulan Ramadhan bulan untuk BANYAK bersedekah, baca Quran, solat, Qiammulail, tolong orang, masyarakat dan juga bantu atau belanja untuk berbuka puasa. Tapi, perlu diingat juga SIFARKAN maksiat seperti mengumpat, perkara yang boleh menaikkan nafsu, perkara2 lagha dan sebagainya

BULAN RAMADHAN.. bulan tarbiyah dan bulan untuk mula untuk BERUBAH!

TERUSKAN MOMENTUM KETAQWAAN RAMADHAN, SIFARKAN MAKSIAT.

AMBIL PELUANG MENEMPAH SYURGA ALLAH. PELUANG SUDAH ADA DI DEPAN MATA. MOGA BERTEMU MALAM LAILATUL QADR. SALAM

3 comments:

Anonymous said...

takbir!!!

naim sidqi said...

allahukbar!!!

muallim90 said...

Hidupkan 10 malam terakhir dengan meningkatkan amal ibadah..semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah..Allah Maha penerima taubat..