29 June 2010

29.6.2010

bismillahirrahmanirrahim......

" Allahumma inni aa'zubika min sharri nafsi"..... ya Allah, hambamu ini memohon doa daripada kepadaMU daripada kejahatan diri sendiri.

pesan seorang sahabat kepada saya, dalam kita berdakwah, menyampaikan risalah Allah ta'ala, menyeru kepada agama yang yang HAK.. dan yg lebih penting dalam kita berdakwah melalui lisan, bercakap, berpidato, INGAT... kita pasti diuji dengan apa yang kita sampaikan.. pasti dan pasti!!! itulah ujian.. adakah kita lulus dengan ujian Allah?? jawablah wahai pejuang2 Allah

sementelah itu, saya menafsirkan peringatan itu buat diri ini. inilah sikap yang saya cuba terapkan dalam diri ini, buat persediaan menghadapi jalan dakwah. saya nilai diri saya, bercakap, berpidato, bergaul, memberi tazkirah, adakah engkau, muhammad naim sidqi bin Ahmad melaksanakan apa yg engkau cakapkan.. ya Allah terasa banyak dosa aku padaMU Allah.. ya ALLAH, masih ada sifat mazmuzah dalam diri ini...

hari ini. saya cuba menyampaikan tazkirah, inzar kepada sahabat2 j17. saudara seislam, satu kelas ngn saya... atas dasar sayangnya saya pada sahabat2 saya, seperti seorang ibu yg sayangnya kepada anak, marahnya bukan benci, malah sayangnya agar bermanfaat untuk keluarga , masyarakat dan agama... beberapa perkara saya tekankan.. BUKAN untuk riak, ujub , takbur dgn ilmu yg dikurniakan.. namun menyahut seruan dakwah.. untuk melihat kita mengamalkan ISLAM sepenuhnya.. i. Allah, sama2 doakan.

sabda nabi s.a.w" berkatalah benar walaupun pahit"..
sabda baginda lagi" sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat"

hayatilah maksud tersurat dan tersirat hadis tersebut sahabat2 sekalian....

akhirnya, doakan hambamu ini daripada kejahatan diri sendiri.. berkata2 tetapi tidak melakukannya.. nauzibillah.


ISLAM ADIL UNTUK SEMUA


No comments: